Piagam pelanggan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia

  • Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan serta layanan pelanggan yang adil dan saksama.
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang cepat, cekap dan tepat mengikut peraturan dan prosedur serta mewujudkan suasana bekerja yang selesa bagi membolehkan objektif Jabatan tercapai
  • Menguruskan pengurusan sumber manusia yang tepat, cepat dan cekap mengikut peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa
  • Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Menguruskan pengurusan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Memberi khidmat pengurusan keselamatan bagi menjamin tahapnya sentiasa di peringkat yang tinggi
  • Memberi khidmat keurusetiaan yang cekap dan berkesan bagi program MAKSAK dan PUSPANITA kebangsaan mencapai matlamat.